Tarikh : December 16, 2011
BAITULMAQDIS - Keputusan Israel menutup laluan ke Masjid Al-Aqsa, Ahad lalu dengan memberi alasan kononnya atas sebab keselamatan mencetuskan kemarahan Jordan dan Palestin.
Bagaimanapun dalam tempoh 48 jam, Rejim Zionis akhirnya membuka semula laluan jambatan kayu itu, kelmarin dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu turut mengarahkan laluan sedia ada diperkukuhkan supaya ia lebih selamat.
Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, majlis perbandaran telah memutuskan untuk membuka laluan Mughrabi tersebut dan mereka masih belum membuat sebarang pengubahsuaian berikutan bantahan beberapa pihak kerana tindakan merobohkan jambatan itu akan menjejaskan tapak warisan Islam dan kestabilan kawasan sekitar Al-Aqsa.
Sebelum ini, Israel memutuskan untuk merobohkan laluan utama tersebut kerana kononnya kawasan di Tembok Barat itu didakwa berisiko terbakar dan boleh roboh secara tiba-tiba.
Dalam satu kenyataan, jurucakap presiden, Nabil Abu Rudeina berkata, tindakan Israel tersebut dilihat sebagai satu lagi helah untuk menggagalkan usaha menyambung semula rundingan damai antara kedua-dua negara.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment