BEGINILAH keadaan kereta Honda CRV yang terbalik dan menyebabkan seorang wanita mengandung tujuh bulan maut di Jalan Bahau-Keratong kelmarin. |
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Lai Siew Chin, 37, maut di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan badan manakala suaminya, Lai Cheon Kee, 37, yang memandu kereta tersebut cedera parah dan dirawat di Hospital Kuala Pilah.
Berikutan kemalangan itu, anak dalam kandungan Siew Chin turut meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, tiga lagi penumpang kenderaan berkenaan yang merupakan adik mangsa turut cedera.
Ujarnya, kejadian berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Ladang Geddes dekat sini menuju ke Kuala Lumpur.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu seorang lelaki dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Proton Waja.
“Perlanggaran itu menyebabkan kereta Kancil itu terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh pula kenderaan mangsa,” katanya di sini semalam.
Ujarnya, rempuhan itu menyebabkan kenderaan mangsa hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik sebelum terbabas ke dalam ladang sawit berhampiran.
“Mangsa yang mengandung anak kedua tersepit di dalam kenderaan itu manakala pemandu Kancil dan Proton Waja hanya cedera ringan,” jelasnya.
Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat.-kosmo
No comments:
Post a Comment