Pages

Tuesday, August 23, 2011

Dua anak Gaddafi ditangkap

TRIPOLI 22 Ogos - Dua anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif Al-Islam dan Mohammed Al-Gaddafi ditahan pemberontak hari ini, ketika rejim Muammar Gaddafi tumbang setelah pemberontak menawan hampir seluruh bandar Tripoli.
Saif, anak bongsu pemimpin Libya itu ditangkap oleh pemberontak, sementara anak lelaki sulungnya, Mohammed dilaporkan menyerah diri selepas diwawancara oleh televisyen Al-Jazeera di kediamannya.
Lokasi Gaddafi, bagaimanapun masih belum diketahui sehingga kini, namun sumber pemberontak menyatakan beliau masih berada di Tripoli, manakala sumber lain berkata, beliau telah melarikan diri ke tempat lahirnya, bandar Sirte.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengesahkan penahanan Saif dan kini sedang berbincang untuk urusan memindahkannya yang dikehendaki atas dakwaan jenayah kemanusiaan. - dpa, utusan

No comments: