Pages

Tuesday, August 23, 2011

Masjidilharam dibesarkan lagi




GAMBAR Masjidilharam di Mekah yang dirakam dari udara pada 20 Ogos lalu. - REUTERS



JEDDAH 22 Ogos - Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah merasmikan pelancaran projek pembesaran Masjidilharam yang menelan kos AS$10.6 bilion (RM31.8 bilion), Jumaat lalu.
Projek itu bertujuan untuk membolehkan kompleks tersebut menampung kira-kira dua juta jemaah pada satu-satu masa, lapor akhbar Asharq al-Awsat.
Kira-kira 10,000 pekerja sedang bekerja siang dan malam di tapak seluas 400,000 meter persegi itu.
Projek tersebut melibatkan binaan tambahan berbilang tingkat di bahagian utara kompleks berkenaan, serta tangga dan terowong untuk memudahkan laluan jemaah ke masjid itu.
Masjidilharam telah diperbesarkan pada pertengahan 1980-an tetapi bilangan jemaah yang semakin bertambah bermakna satu lagi projek pembesaran diperlukan.
Lewat Jumaat lalu, Abdullah turut merasmikan Menara Jam Diraja Mekah setinggi 601 meter, mercu tanda terbaru yang membantu jemaah di tempat-tempat suci lain mengenal pasti kedudukan Masjidilharam.
Menara jam itu ialah bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa, pencakar langit 828 meter yang dirasmikan di Dubai pada awal tahun lepas. - AFP, utusan

No comments: