Pages

Saturday, May 14, 2011

Pekerja loji jana kuasa Jepun disahkan meninggal dunia


TOKYO: Seorang pekerja operasi kecemasan loji jana kuasa nuklear Daiichi, Fukushima, meninggal dunia hari ini selepas dikejarkan ke hospital akibat pengsan pada sebelah pagi tadi. 


Jurucakap Tokyo Electric Power Co (TEPCO), Yoshinori Mori, berkata pekerja lelaki berusia dalam lingkungan 60-an yang terbabit dalam operasi menangani masalah loji terbabit disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.
“Beliau terdedah kepada ukuran radiasi 0.17 millisievert ketika sedang menjalankan tugasnya. Tetapi, beliau menggunakan kelengkapan perlindungan dan tiada kesan radioaktif dikesan dalam badannya,” katanya sambil menambah, tiada tanda-tanda kecederaan pada pekerja itu.
Beliau berkata, punca kematian masih belum dapat ditentukan. - AFP , bharian

No comments: