GENEVA 14 Mei - Kira-kira 1,200 pelarian Libya dikhuatiri hilang atau mati di Laut Mediterranean berdasarkan bukti yang menunjukkan sebuah kapal tentera enggan menyelamatkan sebuah bot, kata Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) semalam.
"Kira-kira 12,000 orang telah sampai di Itali atau Malta manakala sekurang-kurangnya 1,200 orang dipercayai mati dan masih hilang," kata jurucakap UNHCR, Melissa Fleming.Seorang migrasi berkata kepada UNHCR, sebuah kapal tentera yang tidak dikenal pasti berlepas daripada perlabuhan Libya enggan atau gagal menghulurkan bantuan kepada bot yang membawa 72 orang, kebanyakannya mati akibat kehausan, kepenatan dan kelaparan pada akhir Mac atau awal April.
"Pelarian yang ditemubual mengatakan kapal tentera melepasi bot mereka sebanyak dua kali tanpa berhenti sebelum helikopter tentera menjatuhkan makanan dan air bersih ke dalam bot di tempat-tempat tertentu sepanjang perjalanan," kata Fleming.
Ada laporan mengatakan di dalam akhbar British, The Guardian bahawa kapal tentera tersebut berkemungkinan kapal pembawa pesawat milik Perancis, Charles De Gaulle yang ditugaskan untuk misi zon larangan terbang di Libya. - AFP, utusan
No comments:
Post a Comment