Pages

Saturday, March 26, 2011

Tentera udara Britain, Perancis gempur pinggir Ajdabiya

PARIS: Tentera udara Perancis dan Britain melancarkan serangan ke sasaran tertentu berhampiran bandar Ajdabiya semalam sebagai sebahagian daripada kempen tersusun melumpuhkan pasukan keselamatan Muammar Gaddafi.
Pegawai kanan tentera Perancis, Edouard Guillaud, berkata sebuah pesawat udara negara itu memusnahkan satu pasukan meriam kerajaan.


Kata Guillard, tentera Perancis juga memusnahkan satu pangkalan tentera, depoh peluru dan kemudahan penyelenggaraan di Libya.


“Ruang udara Libya kini terkawal,” katanya.


Setiausaha Pertahanan Britain, Liam Fox, berkata jet Tornado GR-4 menembak sejumlah peluru berpandu ke arah kereta perisai Libya.


Ajdabiya dikepung tentera Libya sejak lebih seminggu lalu selepas bandar itu dijadikan satu daripada kubu pejuang pemberontak yang mahu menggulingkan Gaddafi. - AP

No comments: