Pages

Sunday, January 9, 2011

Air mata wanita buat lelaki jauhkan diri

SH: "

REHOVOT - Air mata kesedihan seorang wanita didakwa mempunyai kandungan bahan kimia yang mampu membuatkan lelaki menjauhkan diri melalui deria bau.

Dalam satu eksperimen yang pertama kali dijalankan, pasukan penyelidik dari Institut Sains Weizmann, Israel mengarahkan sekumpulan lelaki menghidu bau air mata sebelum menjawab satu soal selidik.

'Sesuatu yang mengejutkan apabila kami mendapati terdapat perubahan, iaitu penurunan dalam keinginan seksual lelaki selepas menghidu air mata wanita,' menurut pasukan itu.

Saintis mengumpul air mata wanita yang menonton filem sedih bagi menjalankan ujian itu, di mana peserta lelaki diarah mengukur kadar tarikan seksual beberapa wanita semasa sedang menghidu air mata.

Hasil ujian menunjukkan kadar tarikan seksual menurun apabila lelaki menghidu air mata peserta wanita."

No comments: