SH: "
LONDON - Haiwan ini memang terkenal dengan kemampuan berenang sehingga ribuan kilometer dan menyeberangi lautan berombak.
Tetapi sehingga hari ini, tidak ramai yang sedar kebolehan luar biasa penyu dalam pengemudian arah.
Penyu betina dewasa dilaporkan mampu berenang sehingga ribuan kilometer di lautan dalam satu garisan lurus, menurut kajian terbaru sepasukan saintis dari Universiti Exeter, Britain.
Haiwan itu didapati mampu melakukan perjalanan jarak jauh dari Afrika Tengah ke Amerika Selatan menggunakan laluan paling pendek dengan keupayaan semulajadinya, menewaskan teknologi kapal layar tercanggih dunia.
Kemampuan penyu untuk berenang ribuan kilometer dalam satu garisan lurus masih menjadi misteri tetapi kebanyakan saintis berpendapat haiwan itu menggunakan gabungan penglihatan - berdasarkan kedudukan bintang dan matahari - dan medan magnetik bumi bagi mengemudi arah laluan.
Kajian selama lima tahun itu menunjukkan penyu betina melakukan perjalanan sejauh 7,560 kilometer merentasi lautan Atlantik dan mengambil masa selama 150 hari."

No comments:
Post a Comment