Kosmo! Online - Dunia: "
WASHINGTON - Inisiatif Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama untuk segera menutup penjara Teluk Guantanamo punah apabila beliau menandatangani satu rang undang-udang semalam yang melarang para tahanan penjara berkenaan dibawa ke AS untuk dibicarakan.
Obama yang berulang kali berikrar untuk menghadapkan para tahanan tersebut ke mahkamah-mahkamah awam AS, memberi alasan beliau tiada pilihan tetapi terpaksa menandatangani rang undang-undang tersebut pada tahun ini.
'Saya meluluskannya bersama beberapa rang undang-undang penting lain yang turut melibatkan aktiviti ketenteraan bagi melancarkan pentadbiran pada tahun fiskal 2011,' katanya.
Rang undang-undang tersebut turut melarang tahanan-tahanan Teluk Guantanamo dihantar ke negara-negara di luas AS untuk dibicarakan.
Penjara berkenaan yang dibina di Teluk Guantanamo, Cuba pada 2002 bagi menempatkan suspek-suspek pengganas, masih menahan sekitar 174 tahanan setakat November 2010. - Agensi"
No comments:
Post a Comment