Pages

Sunday, January 9, 2011

Tunggu berjam-jam untuk bermain Nintendo

RIBUAN peminat berbaris untuk bermain konsol Nintendo 3DS di Chiba, Jepun semalam.
Kosmo! Online - Dunia: "



RIBUAN peminat berbaris untuk bermain konsol Nintendo 3DS di Chiba, Jepun semalam.

CHIBA - Beribu-ribu peminat permainan video di Jepun membanjiri sebuah dewan pameran di sini semalam untuk menjadi kumpulan pertama mencuba konsol permainan video tiga dimensi (3D), Nintendo DS.

Konsol 3DS yang tidak memerlukan pemainnya memakai kaca mata 3D, dijadual dijual di Jepun pada 26 Februari dengan disusuli pasaran Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Australia pada Mac depan.

Walaupun terpaksa berbaris panjang selama beberapa jam, mereka tidak kisah cuma dibenarkan bermain konsol DS untuk beberapa minit.

'Tak sangka, imej-imej itu (Nintendo DS) timbul dan hidup seperti menonton televisyen 3D dengan memakai kaca mata khas,' kata seorang bapa berusia 48 tahun yang beratur untuk anak perempuannya, Reika, 12.

Seorang lagi peminat permainan video, Masatoshi Sakazaki, 24 pula mengaku berpuas hati selepas kali pertama kali mencuba konsol tersebut.

'Permainannya kelihatan sungguh realistik tetapi ia lebih cepat meletihkan mata berbanding konsol biasa,' katanya.

Alat permainan video itu dijangka dijual kepada orang ramai pada harga sekitar AS$300 (RM920). - AFP"

No comments: