BEIRUT 16 Dis. - Askar Syria menyerbu satu kawasan berdekatan sempadan Jordan dalam usaha mengesan tentera pembelot yang menjadi punca beberapa serangan maut akhir-akhir ini.
Dalam serangan bertalu-talu, kereta kebal askar Syria menyerang daerah penentang Sanamine di wilayah Daraa.
Askar yang berpaling tadah dan yang menyertai pembangkang menentang Presiden Bashar al-Assad dilaporkan membunuh lebih 45 askar Syria dalam serangan sejak tiga hari lalu.
Dalam pada itu, askar Syria hari ini menambah beberapa kawalan keselamatan di wilayah pemberontak di Homs dan Hama bagi mengelak penduduk menyertai protes anti-kerajaan selepas sembahyang Jumaat hari ini.
Pembangkang menganjurkan demonstrasi yang digelar "Liga Arab Membunuh Kita" bagi memprotes apa yang dilihat sebagai penangguhan menghukum rejim Assad kerana gagal menerima pelan damai.
Lebih 5,000 terbunuh di Syria sejak protes pro-demokrasi tercetus pertengahan Mac lalu. - DPA
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment