myMetro | Eurojust siasat harta bekas presiden Mesir, Tunisia: "THE HAGUE: Satu siasatan untuk merampas harta bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan pemimpin Tunisia, Zine el Abdine Ben Ali, dilancarkan di Eropah dan Amerika Utara, semalam.
“Siasatan terhadap semua aset kedua-dua bekas presiden itu di Eropah sudah bermula,” kata jurucakap pertubuhan Eurojust, Joannes Thuy.
“Selain Eropah, Kanada dan Amerika Syarikat juga dipercayai menjadi lokasi aset itu,” katanya.
Menurut Thuy, siasatan itu dimulakan selepas mesyuarat Isnin dan Selasa lalu antara Eurojust dan badan penyelaras keadilan Kesatuan Eropah dengan pihak berkuasa Tunisia dan Mesir di The Haague, ibu pejabat Eurojust.
“Tunisia dan Mesir menjelaskan kedua-dua bekas presiden itu memindahkan sejumlah besar wang secara haram dari negara masing-masing dan melaburkannya dalam akaun bank serta hartanah di seluruh Eropah, Kanada serta Amerika Syarikat,” kata Thuy. - AFP
"
No comments:
Post a Comment