Pages

Saturday, December 17, 2011

Kapal tempur AS di Singapura, Filipina

WASHINGTON: Tentera Laut Amerika Syarikat berkata ia akan menempatkan beberapa kapal tempur baru di Singapura dan mungkin di Filipina pada masa depan, langkah yang berkemungkinan meningkatkan kebimbangan China dikelilingi dan ditekan berhubung perbalahan merebut kawasan Laut China Selatan.

Penganalisis pertahanan serantau berkata, kapal itu kecil tetapi bersetuju mengenai simbol tindakan itu, yang dibuat selepas Washington mengumumkan ia menambah kehadirannya dia Asia itu, akan mengecewakan kemarahan China.
Bulan lalu, Amerika dan Australia mengumumkan pelan meningkatkan kehadiran tentera Amerika di rantau Asia Pasifik, dengan 2,500 anggota marin Amerika beroperasi di Darwin di utara Australia. “Dalam masa beberapa tahun ini, tentera laut Amerika semakin memberi tumpuan kepada persimpangan maritim strategik di rantau Asia Pasifik,” kata Ketua Operasi Tentera Laut, Laksamana Jonathan Greenert, dalam tulisan beliau pada isu Disember majalah Proceedings, yang diterbitkan Institut Tentera Laut Amerika.

Beliau berkata, tentera laut merancang menempatkan beberapa kapal tempur terbaru di kemudahan tentera laut Singapura, sebagai tambahan kepada pelan yang diumumkan Presiden Barack Obama supaya marin ditempatkan di Darwin bermula tahun depan. –Reuters
Berita Harian Online | Kapal tempur AS di Singapura, Filipina:

1 comment:

Anonymous said...

merancanglah ko wahai dajal2 dgn kepala otak ko yg terhad itu, hakikatnya tentera ko yg ramai2 yg ko tebarkan di seluruh dunia itu terutama di rantau yg penduduknya ramai beragama islam akn lebih terdedah kpd 'apa itu islam'. maknanya menolong menyebarkan islam. padan muko ko amerika