DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 12 anggota polis rahsia Syria berpaling tadah dan meninggalkan pejabat perisikan di sebuah kawasan berhampiran sempadan Turki.
Ia disifatkan sebagai perbuatan paling tadah pertama yang terbesar membabitkan agensi keselamatan negara itu yang terlibat dalam usaha mematahkan tunjuk perasaan, kata aktivis.
Kejadian tembak-menembak meletus selepas anggota polis berkenaan melarikan diri dari kompleks Perisikan Tentera Udara di tengah Idlib, menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh.
Seorang aktivis antikerajaan yang hanya mahu dikenali sebagai Alaa berkata, tentera yang berpaling tadah kelihatan berada berada berhampiran kompleks berkenaan untuk membantu anggota polis rahsia itu.
Dalam pada itu, pembangkang berkata, jumlah anggota tentera yang berpaling kini mencecah ribuan orang. - AFP
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment