Tarikh : December 5, 2011
TEL AVIV - Kerajaan Israel, kelmarin, sekali lagi menuduh pemimpin Palestin sebagai punca rundingan damai antara kedua pihak masih menemui jalan buntu walaupun rejim itu sendiri diketahui tidak bersungguh-sungguh untuk mencapai keamanan.
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Leon Panetta, Jumaat lalu, menggesa Tel Aviv menyambung rundingan damai dengan Palestin tanpa banyak karenah.
Tetapi jurucakap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, Israel kononnya bersedia untuk menyambung rundingan tanpa sebarang syarat tetapi Palestin melengah-lengahkannya.
Tuduhan itu dinafikan jurucakap Pihak Berkuasa Palestin, Ghassan Khatib yang menegaskan kerajaan Palestin berharap dapat menyambung rundingan damai secepat mungkin tetapi tindakan biadap rejim Zionis yang berterusan membina penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin membantutkan perbincangan itu.
“Pembinaan penempatan haram ini membuktikan kata-kata Israel bahawa mereka kononnya mahu menyambung rundingan damai adalah hanya cakap kosong,” menurut Ghassan.
Rundingan damai terbaru antara Palestin dan Israel, tergendala hanya dua minggu selepas ia dimulakan, September lalu, akibat kedegilan rejim Zionis yang berterusan membina penempatan haram di atas tanah milik Palestin di Tebing Barat.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment