JEWEL Thief antara filem yang menaikkan nama Anand di Bollywood.
Legenda filem kena serangan jantungMUMBAI: Legenda perfileman Bollywood yang mendapat jolokan sebagai Superstar Romantik India Sepanjang Zaman, Dev Anand, meninggal dunia di London malam kelmarin di sini akibat serangan jantung. Beliau berusia 88 tahun.
Anggota keluarganya berkata, Anand yang berada di London untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, tidak sihat sejak beberapa hari lalu. Anak lelakinya, Sunil berada di sisi beliau ketika pelakon itu menghembuskan nafas terakhir.Anand terkenal dengan lakonan hebat dalam beberapa filem termasuk Jewel Thief, Guide, Paying Guest, Baazi, CID, Johny Mera Naam, Amir Garib, Warrant dan Hare Rama Hare Krishna.
Perdana Menteri India, Manmohan Singh turut berdukacita berikutan kematian Anand.
“Beliau pelakon hebat yang mewarnai perfileman India selama lima dekad. Beliau sentiasa bersemangat dalam bidang perfileman sepanjang hayatnya,” katanya.
Anand dilahirkan pada 26 September 1923 di Punjab dan anak kepada seorang peguam. Beliau belajar undang-undang dan sastera Inggeris sebelum berpindah ke Mumbai, ketika itu dikenali sebagai Bombay untuk mencuba nasib di bidang lakonan.
Pelakon yang terkenal dengan wajah kacak dan suara merdu ini, mencipta kejayaan besar ketika berlakon dalam filem cinta.
Beliau memperoleh taraf superstar dalam tempoh beberapa tahun sejak berlakon dalam filem Hum Ek Hain, pada 1946.
Abang Anand, Chetan dan adik lelakinya Vijay, juga berjaya dalam kerjaya mereka sebagai penerbit filem, penulis skrip dan pengarah. – AP/Agensi
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment