Amerika Syarikat, Pakistan semakin saling tidak percaya
LOS ANGELES: Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat menggantung operasi serangan peluru berpandu menggunakan ‘drone’ atau pesawat kawalan jauh terhadap kawasan yang menjadi tempat pertemuan militan peringkat rendah di Pakistan.
Keputusan itu dibuat selepas ketegangan dalaman negara sekutunya itu meningkat berikutan gosip mengenai perubahan kerajaan selain kemarahan serangan Amerika di sempadan.
Hubungan Washington-Islamabad semakin meruncing bulan lalu selepas beberapa serangan udara tentera Amerika membunuh 24 tentera Pakistan di sempadan Afghanistan.
Penyiasatan bersama Amerika-Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyimpulkan bencana itu disebabkan kesilapan komunikasi yang membawa kepada kejadian malang itu. Tetapi, Pakistan menolak hasil penyiasatan itu.
Serangan peluru berpandu itu dihentikan di tengah-tengah perdebatan sengit dalam pentadbiran Presiden Barack Obama terhadap masa depan perang pesawat kawalan jauh CIA di Pakistan, kata akhbar itu.
CIA membunuh puluhan pemimpin al Qaeda dan ratusan pejuang peringkat rendah sejak serangan kali pertama Predator pada 2004, tetapi program itu menimbulkan kemarahan ramai rakyat Pakistan, kata laporan itu.
Sesetengah pegawai di Jabatan Negeri dan Majlis Keselamatan Nasional berkata kebanyakan serangan udara itu tidak memberi hasil menggalakkan, kata akhbar itu. – AFP
Berita Harian Online | CIA henti misi di sempadan:LOS ANGELES: Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat menggantung operasi serangan peluru berpandu menggunakan ‘drone’ atau pesawat kawalan jauh terhadap kawasan yang menjadi tempat pertemuan militan peringkat rendah di Pakistan.
Keputusan itu dibuat selepas ketegangan dalaman negara sekutunya itu meningkat berikutan gosip mengenai perubahan kerajaan selain kemarahan serangan Amerika di sempadan.
Serangan peluru berpandu itu dihentikan di tengah-tengah perdebatan sengit dalam pentadbiran Presiden Barack Obama terhadap masa depan perang pesawat kawalan jauh CIA di Pakistan. - The Los Angeles Times
Akhbar The Los Angeles Times memetik pegawai Amerika sebagai berkata serangan CIA itu dihentikan tanpa mengisytiharkannya selepas kedua-dua negara sekutu itu mengakui semakin bersikap kurang mempercayai antara satu sama lain.Hubungan Washington-Islamabad semakin meruncing bulan lalu selepas beberapa serangan udara tentera Amerika membunuh 24 tentera Pakistan di sempadan Afghanistan.
Penyiasatan bersama Amerika-Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyimpulkan bencana itu disebabkan kesilapan komunikasi yang membawa kepada kejadian malang itu. Tetapi, Pakistan menolak hasil penyiasatan itu.
Serangan peluru berpandu itu dihentikan di tengah-tengah perdebatan sengit dalam pentadbiran Presiden Barack Obama terhadap masa depan perang pesawat kawalan jauh CIA di Pakistan, kata akhbar itu.
CIA membunuh puluhan pemimpin al Qaeda dan ratusan pejuang peringkat rendah sejak serangan kali pertama Predator pada 2004, tetapi program itu menimbulkan kemarahan ramai rakyat Pakistan, kata laporan itu.
Sesetengah pegawai di Jabatan Negeri dan Majlis Keselamatan Nasional berkata kebanyakan serangan udara itu tidak memberi hasil menggalakkan, kata akhbar itu. – AFP
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment