Pages

Sunday, December 25, 2011

Maliki akan arah tentera tindas Sunnah


IBU dan abang Fadil Ahmed, 31 menangisi kematiannya akibat serangan bom kereta di Bandar Najaf, selatan Baghdad ketika suasana politik Iraq semakin tegang antara pemimpin Syiah dan Sunnah.
IBU dan abang Fadil Ahmed, 31 menangisi
 kematiannya akibat serangan bom
kereta di Bandar Najaf, selatan
 Baghdad ketika suasana politik Iraq
 semakin tegang antara pemimpin
 Syiah dan Sunnah.


Naib Presiden Iraq percaya mereka bakal tidak dapat keadilan di bawah pemimpin Syiah

BAGHDAD: Naib Presiden Iraq, Tareq al-Hashemi, menuduh Perdana Menteri, Nuri al-Maliki, melancarkan kempen menentang penduduk Sunnah supaya negara itu terjebak ke dalam kancah perang berasaskan mazhab.
Al-Hashemi, seorang Sunnah mengemukakan pandangannya selepas dikehendaki atas dakwaan menubuhkan skuad pembunuh di negara itu dan diarah tangkap oleh Maliki, seorang Syiah.
Dalam temubual semalam, al-Hashemi, menuduh Maliki mahu menghapuskan semua pesaing politik dan membolot kuasa.

“Jelas, beliau akan memberi tumpuan kepada masyarakat Sunnah kerana mereka adalah komuniti Tariq al-Hashemi. Jadi, mereka akan menderita,” katanya.
Beliau juga berkata, etnik lain dalam masyarakat Iraq mungkin akan menjadi sasaran pada masa depan, tetapi sekarang giliran Sunnah.

“Beliau cuba meningkatkan ketegangan, menjadikan kehidupan amat sukar untuk wilayah dan penduduk Sunnah. Beliau tidak percaya kepada tolak ansur. Beliau tidak percaya kepada penyelesaian secara aman semua masalah. Dia akan guna tentera Iraq dan pasukan keselamatan untuk terus menindas,” katanya.
Kenyataan oleh tokoh politik tertinggi Sunnah mencerminkan ketegangan yang semakin memuncak antara pengikut mazhab antara beliau dan Maliki yang menimbulkan kebimbangan Iraq akan terjebak dalam keganasan baru berikutan pengunduran tentera Amerika Syarikat.

Krisis politik mengundang kemarahan yang masih kekal di negara itu di sebalik usaha bertahun-tahun untuk mengatasinya, dengan majoriti golongan Sunnah bimbang puak majoriti Syiah menolak mereka daripada sebarang jawatan politik selain mengesyaki puak Sunnah ada kaitan dengan keganasan.

“Beliau mencari bencana dan saya tidak yakin apa akan berlaku selepas ini,” kata al-Hashemi mengenai Maliki selain turut menafikan tuduhan ke atasnya.

Al-Hashemi bercakap kepada AP di rumah tetamu Presiden Jalal Talabani di kawasan pergunungan berdepan dengan bandar raya Kurdis di Sulaimaniyah, 260 kilometer ke timur laut Baghdad.

Beliau tiba di situ Ahad lalu dengan bagasi kecil dan dua pasang pakaian untuk membincangkan konflik yang semakin tegang dengan kerajaan Maliki.

Bagaimanapun, apa yang sepatutnya menjadi lawatan dua hari berpanjangan hampir seminggu selepas kerajaan Iraq Isnin lalu mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.

Dia enggan kembali ke Baghdad kerana percaya tidak akan mendapat perbicaraan adil. Pasukan keselamatan kerajaan pusat tidak beroperasi di zon autonomi Kurdis yang menjadikan al-Hashemi selamat daripada ditangkap di situ.

Parti Iraqiya sudah lama memberi amaran Maliki cuba membolot kuasa kerana lebih setahun selepas kerajaan dibentuk tetapi Perdana Menteri itu masih belum melantik menteri tetap untuk mengetuai Kementerian Pertahanan atau Kementerian Dalam Negeri. – AP Berita Harian Online | Maliki akan arah tentera tindas Sunnah:

'via Blog this'

No comments: