Pages

Saturday, November 12, 2011

Padah jika serang Iran

myMetro | Padah jika serang Iran: "WASHINGTON: Tindakan ketenteraan ke atas Iran boleh mengakibatkan kesan tidak diingini di rantau itu, kata Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Leon Panetta, semalam.

Beliau berkata demikian beberapa jam selepas Teheran memberi amaran serangan terhadap loji nuklearnya akan dibalas dengan tindakan keras.


Panetta yang mengambil alih tugas tertinggi di Pentagon pada Julai lalu itu berkata, beliau bersetuju dengan penilaian Robert Gates, serangan ke atas Iran hanya akan menangguhkan program nuklearnya yang dipercayai Barat bertujuan untuk menghasilkan bom atom. Gates turut memberi amaran tindakan itu akan menyatu negara itu dan mengukuhkan hasratnya menghasilkan senjata nuklear. Iran berkata, program nuklearnya adalah selamat kerana untuk memperkayakan uranium bagi menjana tenaga reaktor untuk bekalan elektrik. “Anda perlu berhati-hati dengan kesan tidak diingini di sini,” kata Panetta kepada wartawan di Pentagon ketika ditanya pendapatnya mengenai serangan ketenteraan ke atas Iran.

Beliau memaklumkan tindakan ketenteraan mungkin gagal menghalang Iran daripada meneruskan usahanya.


Bagaimanapun, lebih penting lagi, ia mungkin memberi impak serius di rantau itu dan juga memberi kesan terhadap kuasa AS di rantau berkenaan. - Reuters"

'via Blog this'

No comments: