Pages

Saturday, November 12, 2011

Mangsa asid tak dendam isteri


 MAHYUDDIN   menunjukkan gambar yang   diambil   adiknya ketika  dia terlantar di hospital  selama dua bulan.
MAHYUDDIN menunjukkan gambar yang diambil adiknya ketika dia terlantar di hospital selama dua bulan.




Peniaga martabak enggan buat laporan polis demi jaga perasaan anak

KOTA BHARU: Tidak pernah terdetik di hatinya untuk menyimpan dendam, apatah lagi membalas perbuatan isteri yang bertindak nekad menyimbah asid cuka getah sehingga mengakibatkan mata kanannya buta, manakala muka dan badan mengalami kecacatan.

Peniaga martabak, Mahyuddin Abdullah, 47, menganggap insiden menimpa dirinya hampir tiga bulan lalu adalah suratan takdir yang terpaksa ditempuh dengan sabar.
Meskipun berharap episod getir itu lenyap daripada ingatan, ia bukan sesuatu yang mudah kerana setiap kali melihat kesan kecederaan serta kecacatan, secara tidak langsung fikiran kembali mengenang insiden berkenaan.
Bapa seorang anak perempuan berusia 15 tahun itu berkata, sejak insiden Ogos lalu itu, dia terpaksa berulang-alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan susulan.

“Saya juga hanya boleh melihat dengan mata kiri. Walaupun sedikit kabur, saya amat bersyukur dengan sokongan keluarga banyak membantu mengharungi saat sukar. Semua yang berlaku adalah suratan takdir, sebagai suami saya tidak berhak membalas perbuatannya.

“Biarlah Tuhan mengadilinya,” katanya ketika ditemui di Kampung Sireh Bawah Lembah, dekat sini, semalam.

Mahyuddin disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah oleh isterinya selepas mereka bertengkar, kira-kira jam 9.30 pagi 29 Ogos lalu. Mangsa sedang menguli tepung di dapur untuk dijadikan martabak yang jual di bazar Ramadan.
Katanya, dia mengharungi tiga pembedahan di HRPZ II membabitkan pemindahan kulit dan telinga serta sekali di HUSM bagi pembedahan mata kanan.

“Sejak musibah itu, kehidupan saya banyak berubah kerana pergerakan kini terbatas sehingga terpaksa mendapatkan bantuan keluarga untuk menguruskan diri,” katanya sambil bertegas tidak akan membuat laporan polis kerana tidak mahu memperbesarkan perkara itu selain mengambil kira perasaan anak yang masih bersekolah.

“Saya sentiasa ingat cecair itu dicurah ke kepala. Mulanya rasa sejuk, tidak lama kemudian mata mulai pedih dan saya terus ke bilik air. Dalam beberapa minit, seluruh tubuh jadi terlampau panas dan azabnya sukar digambarkan dengan perkataan,” katanya yang dalam proses bercerai dengan isteri. Berita Harian Online | Mangsa asid tak dendam isteri:

'via Blog this'

No comments: