Pages

Thursday, October 27, 2011

Lagi mangsa gempa dikeluarkan



SERHAT GUR yang berusia 10 tahun berjaya dikeluarkan daripada celah runtuhan di bandar Van, Turki kelmarin.


ERCIS, Turki - Agensi berita pemerintah Turki menyatakan seorang guru berusia 27 tahun berjaya ditarik keluar daripada runtuhan sebuah bangunan selepas 67 jam timur negara berkenaan dilanda gempa bumi dahsyat.

Agensi berita Anatolia melaporkan, guru bahasa Inggeris tersebut, Gozde Bahar yang cedera telah dikeluarkan daripada timbunan runtuhan itu semalam.

Ia menyebut bahawa jantung mangsa berhenti berdegup semasa dia dirawat di sebuah hospital bergerak tetapi beberapa doktor berjaya memulihkannya.

Beberapa jam sebelum itu, seorang pelajar universiti berusia 18 tahun turut ditarik keluar oleh anggota-anggota penyelamat.


WAJAH Gozde Bahar ketika diusung pasukan penyelamat.


Seorang lagi guru, Seniye Erdem juga berjaya dikeluarkan hidup-hidup daripada celah runtuhan sebuah bangunan, tiga hari selepas gempa bumi berlaku.

Gempa bumi bermagnitud 7.2 itu menggegarkan timur Turki pada tengah hari Ahad lalu dengan menyebabkan sekurang-kurangnya 459 orang terbunuh.

Para anggota penyelamat kelmarin turut mengeluarkan seorang budak lelaki berusia 10 tahun, Serhat Gul daripada celah-celah runtuhan di rumahnya di wilayah Van kelmarin.

Budak itu kemudian dihantar ke sebuah hospital dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments: