ROSAK TERUK...kerosakan bangunan awam yang disebabkan keganasan perusuh di Tottenham. Pegawai Scotland Yard menganggap kejadian itu “tidak dapat diterima sama sekali.” |
Menurut Scotland Yard, sekurang-kurangnya seorang anggota polis mengalami kecederaan kepala selepas penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan di Tottenham, utara London.
DUGGAN...mati ditembak selepas dituduh menyerang polis.
Kenyataan agensi keselamatan itu berkata, masih berlaku beberapa keganasan sesekali di kawasan Tottenham membabitkan sejumlah kecil perusuh.
Pegawai kanan Scotland Yard, Adrian Hanstock, berkata polis kini mengambil langkah perlu bagi menangani keadaan itu.
BERI BANTUAN...polis antirusuhan membantu perusuh yang cedera sebelum menahannya. “Kejadian malam semalam (kelmarin) sama sekali tidak dapat diterima. “Tingkah laku penjenayah terbabit meletakkan anggota polis, bomba dan orang awam berdepan risiko besar,” katanya.
Duggan, 29, didakwa melepaskan tembakan ke arah skuad elit Scotland Yard, CO19, sebelum pihak berkuasa membalas tembakan berkenaan beberapa detik kemudian.Suspek mati di tempat kejadian, manakala seorang polis yang terbabit dalam kejadian itu cedera, tetapi dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan di hospital.Hanstock berkata, polis kesal dengan kematian Duggan dan kes berkenaan kini disiasat badan bebas.Memang tragik apabila seseorang terbunuh, tetapi ia tidak memberikan kumpulan penjenayah yang minoriti hak untuk merosakkan kehidupan masyarakat setempat,” katanya.Kata Hanstock, pada peringkat awal, tiada sebarang tanda menunjukkan protes itu akan merebak, tetapi polis percaya ada pihak tertentu yang tidak berkaitan mengambil kesempatan mencetuskan huru-hara dan menyerang pihak berkuasa.Polis percaya apa yang berlaku ini tidak dikehendaki orang ramai,” katanya.Sehingga malam tadi, 42 orang ditahan berhubung insiden itu.Setiausaha Dalam Negara, Theresa May, berkata pihak berkuasa tidak boleh bertolak-ansur terhadap tindakan mengancam keselamatan orang awam.Saya memberikan sokongan penuh kepada pasukan polis yang mengawal keadaan di situ,” katanya.Datuk Bandar London, Boris Johnson, berkata dia terkejut melihat kesan rusuhan di Tottenham.Polis memberi jaminan akan melakukan apa yang termampu bagi memulihkan semula keadaan di bandar itu,” katanya.Lebih 100 anggota keselamatan dan polis antirusuhan ditugaskan menghadapi lebih 500 perusuh yang didakwa mahu menuntut pembelaan atas kematian Duggan itu. - DMhmetro |
No comments:
Post a Comment