Pages

Sunday, August 7, 2011

Kronologi: Kemalangan terburuk tentera NATO di Afghanistan

WASHINGTON: Berikut adalah kronologi kemalangan atau anggota NATO yang diserang pemberontak sejak pencerobohan tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan pada 7 Oktober 2001: 
*6 Ogos 2011:

Kemalangan sebuah helikopter Chinook, CH-47 di wilayah timur Afghanistan, Wardak, meragut 31 nyawa anggota unit operasi khas AS dan tujuh komando Afghanistan. *21 September 2010:
Helikopter tentera AS, Blackhawk terhempas di wilayah selatan Afghanistan, Zabul dan mengakibatkan sembilan anggota tentera yang di atas kapal termasuk empat anjing laut Tentera Laut terbunuh.

*30 Mei 2007:
Kemalangan helikopter Chinook AS ketika berada di selatan Afghanistan, Helmand, dan seorang warga Britain, Kanada dan lima tentera AS terbunuh.

*18 Februari 2007:
Helikopter Chinook membawa 22 tentera AS terhempas di wilayah selatan Afghanistan, Zabul, meragut lapan nyawa dan mencederakan 14 yang lain.
*2 September 2006:
Kemalangan pesawat Britain, Nimrod di selatan Afghanistan berhampiran Kandahar meragut nyawa 14 anak kapal.

*5 Mei 2006:
Helikopter Chinook AS terhempas ketika cuba mendarat pada waktu malam di puncak gunung kecil di wilayah timur Afghanistan, Kunar dan 10 tentera AS terkorban.

*16 Ogos 2005:
Kemalangan helikopter Sepanyol berhampiran barat Herat dan membunuh 17 anggota tentera.

*28 Jun 2005:
Helikopter AS ditembak jatuh di wilayah timur Afghanistan, Kunar ketika menjalankan operasi menyelamat dan 16 tentera operasi khas disahkan terbunuh.

*6 April 2005:
Helikopter Chinook AS terhempas dalam badai pasir berhampiran timur Afghanistan, Ghazni meragut nyawa 15 tentera AS dan tiga kontraktor awam.

*21 Disember 2002:
Helikopter angkatan tentera Jerman terhempas di Kabul, tujuh terbunuh.

*4 Mac 2002:
Helikopter Chinook AS ditembak jatuh di timur Afghanistan, membunuh tujuh anggota tentera. - AP bharian

No comments: