NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Penulis novel penyiasatan AS, James Patterson merupakan penulis berpendapatan tertinggi di dunia dengan perolehan AS$84 juta (RM250.5 juta) sepanjang tahun lalu.
Patterson, 64, yang popular menerusi buku penyiasatan Alex Cross, mengungguli senarai tahunan penulis buku yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia oleh majalah Forbes.
Selain novel penyiasatan, bapa tunggal itu banyak menulis buku cerita kanak-kanak selain menulis ulasan filem pada lapangnya.
Lebih 10 juta buku tulisannya dijual pada tahun lalu dengan lebih 20 tajuk bukunya menduduki tempat pertama carta buku terlaris di AS.
Senarai tahunan Forbes kali ini didominasi penulis AS melainkan Ken Follett yang berada di tempat ke-11 manakala penulis buku Harry Potter, JK Rowling pula berada di tangga ke-13 setelah dia tidak menulis sebarang buku pada tahun lalu.
Tempat kedua senarai berkenaan menjadi milik penulis novel cinta ghairah, Danielle Steel yang berpendapatan AS$35 juta (RM104.3 juta) diikuti di tempat ketiga oleh penulis seram terkenal, Stephen King dengan perolehan AS$28 juta (RM83.5 juta).
Turut berada dalam senarai sama dari tempat keempat hingga ke-10 ialah Janet Evanovich AS$22 juta (RM65.6 juta), Stephenie Meyer AS$21 juta (RM62.6 juta), Rick Riordan AS$21 juta (RM62.6 juta),
Dean Koonz AS$19 juta (RM56.6 juta), John Grisham $18 juta (RM53.6 juta), Jeff Kinney AS$17 juta (RM50.7 juta) dan Nicholas Spark AS$16 juta (RM47.7 juta). - Agensi, kosmo
No comments:
Post a Comment