Pages

Sunday, August 21, 2011

Aktivis terus mogok lapar

AKTIVIS  menyokong Anna Hazare  melaungkan slogan antirasuah ketika mogok lapar di pekarangan  kawasan lapang  Ram Lila, New Delhi, semalam.
AKTIVIS menyokong Anna Hazare melaungkan slogan antirasuah ketika mogok lapar di pekarangan kawasan lapang Ram Lila, New Delhi, semalam.

Kempen antirasuah Hazare disokong

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 10,000 orang berhimpun bagi menunjukkan sokongan kepada Anna Hazare, seorang aktivis yang meneruskan mogok lapar bagi hari kelima ketika ada tanda Kerajaan India sedia bertolak-ansur bagi menamatkan bantahan terhadap pendiriannya dalam isu rasuah.

Anna Hazare, 74, yang meneruskan mogok lapar itu di satu kawasan lapang di ibu negara, berkata dia akan meneruskannya sehingga kerajaan meluluskan rang undang-undang antirasuah yang mengenakan hukuman berat ke atas orang yang didapati bersalah memberi rasuah.
“Kita percaya kita sudah mencapai kemerdekaan, tetapi tidak. Rasuah yang sama berterusan,” kata Hazare kepada orang ramai sambil menekankan India perlukan pembaharuan dalam proses pilihan raya selain undang-undang rasuah baru.
Ada tanda-tanda tuntutan Hazare yang disokong penduduk India menyebabkan kerajaan sedia bertolak-ansur dengan Perdana Menteri, Manmohan Singh, berkata: “Kami sedia berunding. Ada banyak ruang untuk bertolak ansur dalam perkara itu.”
Beberapa skandal, termasuk rasuah telekomunikasi menyebabkan kerugian AS$39 bilion (RM117 bilion) kepada kerajaan menyebabkan Hazare menuntut tindakan antirasuah diambil.

Bagaimanapun, rang undang-undang kerajaan yang dicadangkan dianggap terlalu lemah kerana mengecualikan Perdana Menteri dan hakim daripada pendakwaan.
Di kawasan terbuka itu, ramai yang mengedarkan makanan kepada mereka yang hadir, termasuk pekerja pejabat dan pelajar serta ada yang menunjukkan penampilan umpama Gandhi kepada orang ramai.

Hazare keluar penjara Jumaat lalu sambil diberi sorakan besar oleh penduduk dan diberi liputan media 24 jam sebelum enggan keluar dari penjara hingga kerajaan membenarkannya terus melakukan mogok lapar. – Reuters , bharian

No comments: