Pages

Monday, August 1, 2011

16 pancaran jadi isyarat mula puasa


PANCARAN lampu dilakukan  di menara jam Makkah  bagi mengumumkan permulaan Ramadan 
di Arab Saudi, semalam.

PANCARAN lampu dilakukan di menara jam Makkah bagi mengumumkan permulaan Ramadan di Arab Saudi, semalam.
Menara jam Makkah isytihar Ramadan 

MAKKAH: Menara jam diraja Makkah, menara kedua tertinggi di dunia, mula memancarkan 16 pancaran cahaya hingga ketinggian 10 kilometer petang semalam bagi mengumumkan permulaan Ramadan.
Pembesar suara juga dipasang di puncak menara bagi memperdengarkan laungan azan dari Masjidil Haram boleh didengar pada jarak tujuh kilometer manakala lampu berkuasa tinggi dengan sinaran berwarna putih dan hijau ketika azan berkumandang boleh dilihat sehingga 30 kilometer.
“Sinaran lampu itu bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai yang ada masalah pendengaran mengetahui masa solat,” lapor akhbar itu. 

Akhbar Arabnews juga menyatakan, permukaan jam berkenaan berwarna putih manakala jarumnya berwarna gelap ketika siang, bertukar hijau serta putih pada waktu malam. 

Projek mega jam gergasi berkenaan dilaksanakan di menara ke lima projek Wakaf Raja Abdul Aziz, yang membabitkan pembinaan tujuh menara di Makkah. 

“Semua persediaan menerima tetamu Ramadan di hotel penginapan menempatkan menara jam sudah lengkap. 
Bilik dan suite mempunyai rekaan dalaman bercirikan Islam bagi menambahkan keindahan Ramadan,” kata pengarah telekomunikasi dan promosi perniagaan Hotel Antarabangsa Fairmont Raffles di Makkah, Khaled Yamaq. 

Hotel Menara Jam Makkah mempunyai ketinggian 601 meter dengan 76 tingkat dan 858 suite serta mengadap Masjidil Haram. 

“Kebanyakan jemaah dari pelbagai negara akan melawat menara itu bagi melihat lebih dekat seni bina menara jam. Kami menyediakan juadah berbuka puasa dan sahur untuk 1,000 tetamu dengan menu sajian dari 15 negara,” katanya. 

Agensi Media Arab Saudi melaporkan bedilan meriam dilepaskan tujuh kali di Makkah menandakan permulaan Ramadan. – Agensi 
http://www.bharian.com.my

No comments: