Pages

Monday, August 1, 2011

Angelina Jolie dapat anugerah istimewa


ANGELINA JOLIE bergambar dengan anugerah berbentuk hati yang diterimanya dalam Festival Filem Sarajevo di Sarajevo kelmarin.


SARAJEVO - Aktres Hollywood, Angelina Jolie hampir menangis selepas dia menerima anugerah istimewa ketika menghadiri Festival Filem Sarajevo kelmarin bersama kekasihnya, Brad Pitt.
"Saya akan menangis jika anda tidak berhenti," jelas bekas pemenang anugerah Oscar itu yang merujuk kepada tindakan penonton yang memberi tepukan penghormatan kepadanya di Teater Kebangsaan di sini.
Jolie memilih perang Bosnia pada tahun 1992 hingga 1995 untuk dijadikan tema cerita filem pertama arahannya berjudul In the Land of Blood and Honey yang akan ditayangkan pada Disember ini.
Dia juga telah melawat Bosnia sebagai Duta Muhibah Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan membiayai beberapa buah rumah pelarian di timur Bosnia.
Pengarah festival, Mirsad Purivatra menyampaikan award berbentuk hati kepada bintang berbibir seksi itu semasa dia tiba ketika majlis hampir selesai.
"Malam ini, kita memberi penghormatan Hati Dari Sarajevo kepada seorang selebriti yang hebat. Bukan sahaja impaknya dalam dunia filem tetapi juga disebabkan penglibatan aktifnya dalam dunia yang semakin kompleks kini," kata Purivatra. - Agensi
http://www.kosmo.com.my

No comments: