Pages

Sunday, July 17, 2011

Kren hempap stesen KTMB



KREN serta besi tiang papan iklan gergasi jatuh merentangi landasan di stesen KTMB Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Semua perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang melalui Stesen Kuala Lumpur di Jalan Sultan Hishamuddin semalam mengalami gangguan berikutan insiden kren terbalik di platform stesen itu.

Kejadian pukul 12.44 malam kelmarin itu melibatkan kren seberat 60 tan yang sedang melakukan kerja menanggalkan iklan dan tiang berhampiran platform empat stesen itu.

"Kren ini gagal menstabilkan kedudukan lalu jatuh melintang ke atas bumbung dan kabel elektrifikasi di platform empat, tiga dan dua menyebabkan kesemua platform berkenaan tidak boleh dilalui dan hanya platform satu yang boleh digunakan," kata KTMB dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tiada sebarang kemalangan jiwa termasuk pengendali kren dilaporkan tetapi kerja-kerja pengalihan struktur, pembersihan dan pemasangan semula kabel-kabel rosak akan dilakukan sehingga Isnin ini.

KTMB turut menyediakan perkhidmatan bas untuk memindahkan penumpang yang menaiki komuter dari Stesen Bank Negara ke KL Sentral dan KL Sentral ke Bank Negara sebelum perjalanan diteruskan seperti biasa.

Kosmo! Online - Negara

No comments: