MAKKAH: Seorang ibu kecewa kerana tidak dibenarkan bercerai dengan suaminya oleh sebuah mahkamah di sini, semalam.
Ketika mengadu masalahnya kepada seorang wartawan, wanita itu berkata, dia tidak tahan lagi hidup dengan lelaki yang menjadi bapa tiga anaknya selepas si suami menyerang anak kedua mereka dan memukulnya dengan teruk sebelum mencucuh api pada kemaluan kanak-kanak itu.
“Ia bukan kali pertama dia memukul anak kedua kami, Raghad yang kini hidup dalam trauma.
“Kehidupan kami sekeluarga penuh dengan keganasan fizikal dan penderaan,” kata wanita itu.
Raghad yang berusia lima tahun dikatakan menjadi sasaran untuk melepaskan geram bapanya.
“Dia akan mengusirnya setiap kali kanak-kanak itu mendekatinya. Dia tidak membenarkan Raghad makan bersama. Dia terpaksa makan bersendirian, jauh dari anggota keluarga lain,” kata wanita itu.
Dalam kejadian terbaru, katanya, Raghad cirit-birit. Ketika ditandas, dia dipukul bapanya hingga teruk. Tubuhnya juga dicucuh dengan api. Suami saya juga mengeluarkan pistol sambil mengancam untuk membunuh saya yang cuba menghalangnya memukul Raghad. Dia mencekik saya hingga hampir mati. “Dia menolak ibu saya hingga jatuh sebelum menghamburkan kata-kata kesat, kata wanita itu.
Mahkamah menolak permohonannya untuk cerai dan menyuruhnya kembali kepada suaminya. - Agensi
No comments:
Post a Comment