Ibu tunggal lumpuh seluruh badan, darah keluar ikut dubur
SUNGAI PETANI: Risau dengan bentuk badan tidak menarik kerana kurus, seorang ibu tunggal maut selepas mengambil ubat menambah berat badan yang dibelinya dengan harga RM5 dari sebuah kedai ubat tradisional dan produk kosmetik, di sini, pagi semalam.Che Su Md Isa, 29, dari Taman Arked, didakwa membeli ubat itu Khamis lalu dan selepas makan pil berkenaan, suhu badannya tiba-tiba meningkat selain lumpuh seluruh badan.
Bapa mangsa, Md Isa Tahir, 54, berkata Che Su, ibu seorang anak lelaki berusia lima tahun mengadu sakit perut dengan suhu badannya meningkat menyebabkan isterinya Halijah Mahmud, 50, mengelap tubuh anaknya itu dengan air bagi menurunkan suhu badan.
“Ketika itu dia tidak mampu menggerakkan tubuhnya yang kelihatan seperti sudah lumpuh. Pada kira-kira jam 2 pagi tadi (semalam) Che Su menjerit memberitahu perut, dada serta tulang belakangnya terlalu sakit dan dia meninggal dunia setengah jam kemudian.
“Lebih menghairankan kami apabila darah terlalu banyak keluar melalui duburnya menyebabkan kami terpaksa memakaikan lampin pakai buang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Md Isa berkata, apabila melihat keadaan anaknya itu semakin teruk dia menelefon ambulans dan sebaik pasukan perubatan itu tiba, Che Su disahkan sudah meninggal dunia.
Katanya, anaknya yang bekerja di sebuah kilang di Bakar Arang, di sini, tidak terlalu kurus dan terkejut apabila mengetahui dia mengambil ubat menambah berat badan.
Sementara itu, adik mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Umi ketika ditemui berkata, kakaknya itu pernah mengajaknya mengambil pil itu bagi menambah berat badan kerana dia risau dengan bentuk tubuhnya yang kurang menarik.
“Saya tidak mahu mengambilnya kerana bimbang kesan sampingan dan saya juga tidak pasti sejak bila kakak mengambil ubat berkenaan. Saya hairan mengapa kakak mengambil ubat itu sedangkan badannya tidak terlalu kurus," katanya yang sedih dengan kejadian itu.
Berita Harian Online | Pil gemuk RM5 bawa maut

No comments:
Post a Comment