BEIJING - Penduduk China yang obses dengan telefon bimbit iPhone dan iPad telah menyebabkan berlakunya pengklonan meluas gajet itu sehingga sebuah kedai palsu Apple wujud di Kunming.
Pekerja-pekerja di kedai itu juga menganggap mereka sebenarnya bekerja dengan pemilik syarikat Apple dari Amerika Syarikat (AS) yang sebenar, Steve Jobs.
Kedai itu ditemui oleh seorang blogger AS yang berasa tertipu dengan kedai berkenaan sebelum dia meneliti dan menyedari perkara yang sebenar.
Jika dilihat sekali imbas, komputer dan lambang epal yang merupakan logo syarikat Apple kelihatan tulen.
Gambar yang disiarkan pada laman itu menunjukkan para pekerja memakai baju berwarna biru yang pada kelazimannya dipakai pekerja tulen Apple.
Namun, tangga di kedai itu dilihat mempunyai mutu rendah pembinaan dan dinding tidak dicat dengan baik.
Logo yang terdapat pada pintu masuk kedai itu sebenarnya tidak sama dengan logo Apple sebenar.
Menurut blogger itu yang hanya dikenali sebagai BirdAbroad: "Saya tidak tahu jika komputer itu adalah tulen atau palsu. Ia kelihatan tulen tetapi amat sukar untuk mengesahkannya.
"Sehingga kelmarin, kedai itu masih dibuka." - AFP
No comments:
Post a Comment