Pages

Sunday, July 10, 2011

Jom Sembahyang Jemaah

Suatu kisah yang sangat menarik mengenai sembahyang jemaah ini telah dirakamkan di dalam sebuah kitab yang bernama KITABUL KHAIR yang menerangkan bagaimana ruginya seseorang yang meninggalkan jamaah dalam sembahyangnya.

Ceritanya daripada Ubaidillah bin Umar al-Qowariri ra bahawa suatu malam beliau didatangi seorang tetamu hingga menyebabkan beliau tidak dapat berjamaah sembahyang Isyak sedangkan beliau itu tidak pernah sekali meninggalkan jamaah isyaknya.

Oleh hal yang demikian, beliau keluar ke Basrah mencari-cari mana-mana masjid boleh tumpang berjamaah. Tetapi malang baginya semua orang sudah sembahyang dan masjid-masjid pula sudah dikunci. Lantas beliau pulang ke rumah menunaikan sembahyang Isyak 27 kali kerana mengingatkan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan bahawa sembahyang jemaah itu pahalanya 27 kali ganda.

Selepas sembahyang itu beliaupun tidur, dalam pada itu beliau dimimpikan oleh Allah yang beliau itu bersama suatu kaum sedang menunggang kuda dan mereka pula berlumba-lumba. Beliau sendiri memacu kudanya selaju mungkin, tetapi tidak dapat menyamai dan bersama kumpulan tersebut. Salah seorang dari kumpulan tersebut berkata kepadanya bahawa walau bagaimanapun lajunya tetap tidak dapat menyertai kumpulan tersebut kerana beliau sembahyang isyak sendirian sahaja.

Dengan kejadian tersebut beliau sangat dukacita kerana apa yang dilakukannya itu (27 kali sembahyang) tidaklah sama dengan sembahyang berjamaah yang dijanjikan 27 kali ganda yang difahaminya sebelum ini, menurut sebuah hadis.

Kisah yang ringkas ini meniadai tauladan dan pengajaran yang besar kepada kita terutamanya bagi kaum muslimin bahawa sembahyang jamaah tidak boleh diabaikan sama sekali terutama di masjid.

Allahua’lam…

Artikel asal: http://noormieyalias.blogspot.com/2011/04/jom-solat-jemaah.html

Jom Sembahyang Jemaah | Koridor-Utara.com

No comments: