Pages

Wednesday, July 13, 2011

Dua beradik temui ajal bersama


RIZAL dan isteri, Asmarani menunjukkan tempat dua anaknya ditemui mati lemas dalam tali air di Kampung Bukit Mak Limpah, Bachok semalam.


BACHOK – Hati ibu bapa mana tidak luluh apabila dua anak kesayangan hilang serentak dalam sekelip mata.

Episod duka itu menimpa keluarga Mohd. Rizal Azly Awang, 35, dan isteri, Asmarani Ismail, 30, apabila anak sulung dan anak kedua pasangan itu ditemui mati lemas dalam sebatang tali air berhampiran rumah mereka di Kampung Bukit Mak Limpah dekat sini petang kelmarin.

Dua beradik yang ditemui sudah tidak bernyawa itu ialah Alwani Syamimi, 11, dan Mohd. Izat Afiq, 9.

Sebelum kejadian, cerita Rizal, dia dan isteri berserta anak bongsunya, Mohd. Izz Afiq berumur setahun pulang menziarahi ibu mertuanya di Kampung Alor Bakat dekat sini.

Alwani dan Izat ditinggalkan di rumah sejak pukul 4 petang kerana ketika itu mereka sedang seronok bermain basikal di kawasan rumah.

“Bila sampai semula ke rumah pada pukul 7.45 malam kami hairan apabila dua beradik itu tiada di rumah,” ceritanya dengan memberitahu, jarak kampung ibu mertua dengan rumahnya kira-kira lima kilometer.

Kosmo! Online - Negara

No comments: