Pages

Wednesday, July 13, 2011

Kisah Solat Beberapa Orang yang Warak

Kisah pertama


Syeikh Abdul Wahid rah.alaih berkata bahawa pada suatu malam beliau diselubungi mengantuk sehingga beliau tertidur sebelum selesai menghabiskan zikirnya untuk malam itu. Di dalam tidurnya beliau melihat seorang wanita cantik berpakaian sutera hijau. Seluruh badan dan kasutnya di dalam keadaan berzikir. Wanita tersebut bertanya beliau, adakah beliau bercita-cita memiliki dan mencintainya. Kemudian wanita tersebut membacakan beberapa rangkap pantun yang menceritakan kerinduan seorang kekasih. Apabila beliau terjaga dari tidurnya, beliau bertekad untuk tidak tidur lagi di waktu malam. Mulai hari itu beliau tidak lagi tidur malam selama 40 tahun dan mengerjakan sembahyang Isyak dan Subuh dengan wuduk yang sama.. Subhanallah...


Kisah kedua


Syeikh Mazar Saadi rah.alaih,seorang yang terkenal dan warak. Beliau asyik menangis selama empat puluh tahun disebabkan mencintai dan merindui ALLAH S.W.T. Pada suatu malam beliau melihat di alam mimpinya beberapa orang perawan di tepi pohon mutiara yang berantingkan emas di tebing sebatang anak sungai yang jernih dari cecair kasturi yang harum baunya. Perawan-perawan itu berzikir memuji-muji ALLAH S.W.T. Beliau bertanya siapakah gerangan mereka itu. Sebagai menjawab mereka membaca dua rangkap pantun yang bermaksud: " Bahawa mereka diciptakan oleh Pemberi Rezeki dan Tuhan Muhammad S.A.W. Ianya disediakan untuk mereka yang berdiri bermunajat kepada ALLAH S.W.T sepanjang malam dan sujud bersyukur kepada-Nya.


Kisah ketiga


Abu Bakar rah.alaih berkata : "Seorang pemuda tinggal bersama-sama saya. Beliau berpuasa sepanjang hari dan berdiri sembahyang sepanjang malam. Pada suatu hari, pemuda tersebut datang kepada saya dan memberitahu yang semalam dia tertidur sebelum menyelesaikan amalan-amalan yang lazim dibuatnya sebelum tidur. Didalam tidurnya, dia bermimpi bahawa dinding mihrab menjadi retak. Dari celah retakan itu muncul beberapa orang perawan. Salah seorang daripadanya terlalu hodoh wajahnya. Dia bertanya daripada salah seorang perawan yang cantik, siapakah gerangan mereka itu. Perawan itu menjawab: " Kami adalah malam-malam kamu yang telah lalu dan yang hodoh wajahnya adalah malam ini, untukmu."

-terdapat banyak lagi kisah yang menceritakan perihal solat orang-orang yang soleh. Semoga kita dapat menjaga ibadah solat kita dan semoga Allah memberi kekuatan bagi kita untuk menyinari malam dengan amalan-amalan sunat, insyaALLAH..



Beramal kerana Allah.. jangan kerana terpaksa.!KHADIJAH AISYAH: Kisah Solat Beberapa Orang yang Warak

No comments: