Pages

Wednesday, July 13, 2011

Berkat umrah


BAHAGIA...Mawi dan Ekin mengharapkan kehadiran cahaya mata selepas dua kali keguguran.
BAHAGIA...Mawi dan Ekin mengharapkan kehadiran cahaya mata selepas dua kali keguguran.

KUALA LUMPUR: Berkat doa di hadapan Kaabah, akhirnya isteri kepada penyanyi popular Asmawi Ani atau Mawi, yang juga seorang pelakon, Norasyikin Abdul Rahman atau Ekin disahkan mengandung enam minggu.
Ditemui sewaktu menjayakan program rakaman Konsert Raya 1Malaysia, Muzik FM di restoran Seri Melayu Jalan Conley, di sini, semalam, Mawi berkata, dia bersyukur apabila doktor mengesahkan Ekin mengandung selepas mengalami keguguran dua kali sebelum ini.

“Walaupun gembira tetapi saya dan Ekin tetap berjaga-jaga kerana tidak mahu perkara sama berlaku. Kalau boleh saya tidak mahu menghebohkan perkara ini sehinggalah kandungan benar-benar kuat. “Sebaik diberitahu doktor mengenai kandungan Ekin, siang malam saya berdoa agar kandungan kali ini selamat,” katanya.
Mawi berkata, dia membawa isterinya membuat pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Bangi, selepas Ekin mengadu tidak datang bulan. “Sudah tentu dalam hati saya berasa sangat gembira dan teruja. Bagaimana pun saya tidak mahu terlalu suka, rasa bimbang tetap ada. Saya meminta agar peminat mendoakan saya dan Ekin agar impian mahu menimang cahaya mata tercapai,” katanya.

Mawi tidak menafikan sewaktu menunaikan ibadat umrah pada April lalu, satu daripada doanya di hadapan Kaabah ialah agar mereka dikurniakan cahaya mata, dan bersyukur doa itu dimakbulkan Allah.

“Sekarang, Ekin tidak akan ikut saya bekerja, kecuali untuk menghadiri majlis khas dan tidak memerlukan dia banyak bergerak. “Doktor menasihati Ekin agar lebih berhati-hati dan banyak berehat untuk minggu awal kehamilan sehingga kandungan benar-benar kuat,” katanya.
Mawi berkata, setakat ini, isterinya belum menunjukkan sebarang tanda mengalami alahan atau mengidam untuk makan makanan tertentu.myMetro | Berkat umrah

No comments: