Pages

Tuesday, June 14, 2011

'Tiada pilihan jual murah'



RUMAH Mohamad Khir yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor yang
mencetuskan kontroversi.


SHAH ALAM – Pengarah Ditamas Sdn. Bhd., Shamsuddin Hayroni memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa beliau bersetuju menjual dua lot tanah dan sebuah banglo kepada Dr. Mohamad Khir Toyo pada harga RM3.5 juta kerana khuatir perniagaannya di negeri ini terjejas.
Shamsuddin juga memberitahu, beliau tiada pilihan selain bersetuju dengan hasrat Mohamad Khir untuk memiliki hartanah itu pada harga RM3.5 juta walaupun membeli hartanah itu pada harga RM6.5 juta daripada pemilik terdahulu, Saiful Aznir Shahabudin, 51.
“Saya sebagai ahli perniagaan di negeri ini dan dia (tertuduh) sebagai Menteri Besar, maka saya bersetuju.
“Saya ada projek, ada perniagaan, tiada pilihan dan saya terima saja pelawaan untuk membeli rumah tersebut,” kata Shamsuddin ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamad tentang persetujuannya untuk membeli hartanah itu.
Beliau yang merupakan saksi kedua pendakwaan turut berkata, hartanah itu pada mulanya mahu dijual kepada Mohamad Khir pada harga RM5 juta hingga RM5.5 juta kerana beliau membeli pada harga RM6.5 juta.
Bagaimanapun, Shamsuddin berkata, Mohamad Khir memaklumkan bahawa beliau hanya boleh membeli hartanah itu pada harga RM3.5 juta.
Kosmo! Online - Negara

No comments: