Pages

Tuesday, June 14, 2011

Saksi adik terkapai ditelan arus



AHMAD IKHWAN menunjukkan selipar yang dipakai Nur Ihdinna dan tempat dia lemas di Sungai Kelantan di Kampung Pulau Raja, Tumpat semalam.


TUMPAT – Petang kelmarin mungkin menjadi pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan oleh Ahmad Ikhwan Hassan, 9, apabila hanya mampu melihat adiknya terkapai-kapai dihanyutkan arus Sungai Kelantan di Kampung Pulau Raja, dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Nur Ihdinna, 7, dikatakan mandi bersama sekumpulan kanak-kanak sebelum tiba-tiba dihanyutkan arus sungai.
Menceritakan kejadian tersebut, Ahmad Ikhwan berkata, sebelum kejadian dia sempat meminta adiknya itu naik ke tebing dan berhenti mandi tetapi tidak diendahkan.
“Ketika itu saya sudah naik ke darat, tetapi mungkin kerana adik baru turun sungai dan masih seronok bermain air, dia tidak mahu dengar cakap saya supaya naik,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Raja semalam.
Keengganan adiknya itu untuk naik ke tebing akhirnya membawa padah apabila dia lemas ketika asyik mandi-manda di kawasan berkenaan yang mempunyai kedalaman lebih tiga meter.
Kosmo! Online - Negara

No comments: