Pages

Tuesday, June 14, 2011

Kisah benar: Kerana pulut santan binasa

Kisah ini berlaku dikampungku. Sebelum ku ceritakan kisah ini lebih elok aku ceritakan tentang 3 hadis Rasulullah sawyang ada perkaitan dengan cerita ini. Hadis pertama menceritakan tentang seorang wanita bertanya pada nabi tentang jirannya yang bersolat malam dan berpuasa siang tapi mulutnya menyakiti hati jiran. Nabi menjawab perempuan itu ahli neraka.Hadis kedua tentang Nabi menerangkan ramai orang masuk neraka kerana dua sebab, yang pertamakerana mulut dan yang kedua kerana kemaluan.Hadis ketiga Nabi menceritakan tentang malaikat membuka sayapnya yang disebelah kanan menunjukkan gambar syurga kepada orang yang akan mati itu kalau ia masuk syurga. Dan malaikat akan membuka sayapnya yang di sebelah kiri menunjukkan gambar neraka pada orang yang akan mati dan masuk neraka.
 Kisahnya adalah seperti kisah " Antara dua darjat " iaitu yang kaya dan yang miskin. Sikaya ini mempunyai seorang anak lelaki.Dan simiskin pula adalah seorang janda yang menjual kuih muih. Ia mempunyai seorang anak gadis.
 Anak orang kaya ini sudah jatuh cinta pada gadis miskin ini. Tetapi ibunya jadi penghalang.Ibunya menentang keras perhubungan cinta ini. ini adalah kerana mereka orang miskin. Dengan mulutnya yang becok
itu selalulah ia memaki hamun sijanda miskin dan anak gadisnya.Ditakdirkan Allah anak orang kaya ini kahwin lari dan tinggal ditempat lain. Apa lagi makin marahlah sikaya lalu bila mengetahui anaknya sudah berkahwin dengan anak sijanda miskin. Maka ia menyerang janda miskin dengan kata-kata makian yangmenyakitkan hati. Akhirnya sijanda miskin tidak tahan lagi dengan kata-kata

makian yang pedih, iapun berpindah ketempat lain meninggakan rumah pusakanya.Sikaya ini berusaha mencari anaknya, akhirnya dapat juga . Dia mengganggu rumahtangga anaknya sampaianaknya bercerai berai. Selepas itu dibawa anaknya balik tinggal bersamanya. Kerana selalu dileteri oleh ibunyaakhirnya anaknya menjadi gila, sehinggakan mengancam untuk membunuh ibunya. Akhirnya ibunya meminta tolongpada orang kampung untuk menangkap anaknya. Maka ramailah orang kampung datang.Anaknya mengunci diri didalam bilik. Biliknya dipecahkan oleh orang kampung dan menangkapnya. Ia diikat dibawah rumah. Tak lama kemudian polis datang membawa anak sikaya itu pergi. selepas itu aku tidak pernah lagi melihat anak sikaya itu sampailah sekarang.
Tak lama selepas kejadian itu kaki sikaya terpaksa dipotong kerana penyakit kencing manis. Tak lama juga selepas itu
dia jatuh sakit dan nazak nak mati. Semasa itulah dia menjerit..Api! api! api!...aku tak tengok masa ini tapi emak aku yangcerita pada aku. Mak aku pesan jangan cerita pada orang tak baik cerita keburukan orang yang dah mati. Aku tak pernah ceritapada orang hinggalah bila aku kahwin aku ceritakan pada isteri aku supaya jaga mulut supaya tidak menyakitihati orang lain. Dan sekarang aku ceritakan disini sebagai pengajaran untuk pembaca semua mudah-mudahanmenjadi iktibar dan pertunjuk kepada anda semua.cerita ini berlaku sekitar tahun tujuh puluhan masa itu aku masih berlajardisekolah rendah.Akulah orang yang menghantar kuih-kuih janda itu dikedai-kedai.  Rumah pusaka janda itu sudah jadi debu dan sekarang sudah ada rumah orang lain dibina diatas tapak rumah itu.kemana pergi anak orang kaya itu aku tak tahu. Kemana pergi anak orang miskin itu aku tak tahu. tapi aku dengar kedua-dua mereka sudah kahwin lain denganpasangan masing-masing.Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

No comments: