Pages

Monday, June 20, 2011

Sembilan terbunuh serangan NATO di Libya



TRIPOLI - Satu serangan jet-jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di kawasan perumahan Tripoli awal semalam telah membunuh sembilan orang, lima daripada mereka daripada keluarga yang sama manakala 18 yang lain cedera, kata jurucakap pemerintah Libya, Mussa Ibrahim.
"Angka kematian kini telah meningkat kepada sembilan orang yang mati syahid termasuk lima daripada keluarga sama dan 18 cedera," jelas Mussa.
Awal hari tersebut, wartawan turut ditunjukkan mayat lima mangsa termasuk seorang wanita dan dua kanak-kanak yang terbunuh.
"Empat lagi yang terbunuh merupakan mangsa yang melalui bahagian hadapan bangunan flat ketika serangan sedang berlaku," katanya. - AFP

Kosmo! Online - Dunia

No comments: