JAKARTA - Penderaan fizikal terhadap orang awam oleh anggota polis dan tentera masih berleluasa di Indonesia dengan ramai mangsa takut untuk membuat aduan, kata sebuah pertubuhan hak asasi manusia semalam.
Kosmo! Online - Dunia
"Sejak Julai 2010 hingga Jun tahun ini, kami mendapati tujuh kes penderaan melibatkan tentera dan 23 kes lagi dilakukan anggota polis," kata penyelidik Suruhanjaya Mangsa Keganasan dan Kehilangan Manusia (Kontras), Papang Hidayat.
Pada Januari lalu, mahkamah tentera Indonesia memenjarakan tiga anggota tentera hingga 10 bulan kerana melakukan penderaan selepas satu klip video menunjukkan mereka menyeksa orang awam di wilayah Papua.
Dalam klip video berkenaan yang disiarkan di YouTube, askar-askar terbabit dilihat mencucuh kayu terbakar pada kemaluan seorang lelaki tidak bersenjata dan mengugut rakannya dengan menggunakan pisau ketika mereka disoal siasat mengenai lokasi tempat simpanan senjata. - AFP
No comments:
Post a Comment