Pages

Sunday, May 15, 2011

Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong letak jawatan

GAMBAR fail bertarikh 12 Ogos 2004 menunjukkan Lee Kuan Yew (kiri) dan Goh Chok Tong mengangkat sumpah jawatan mereka dalam Kabinet.



SINGAPURA - Pengasas Singapura, Lee Kuan Yew mengumumkan beliau akan meletak jawatan sebagai menteri Kabinet susulan prestasi buruk partinya, Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada pilihan raya umum minggu lalu.
Prestasi PAP pada pilihan raya itu disifatkan sebagai yang terburuk sejak Singapura mencapai kemerdekaan daripada Malaysia pada tahun 1965.
Kuan Yew dan seorang lagi bekas perdana menteri Singapura, Goh Chok Tong dalam satu kenyataan bersama semalam berkata, mereka akan melepaskan jawatan masing-masing.
Sebelum pilihan raya baru-baru ini, Kuan Yew, 87, merupakan Menteri Mentor Singapura manakala Chok Tong, 69, pula dilantik sebagai Menteri Kanan negara itu.
Kuan Yew merupakan Perdana Menteri Singapura dari tahun 1959 hingga 1990 manakala Chok Tong mengambil alih jawatan tersebut hingga tahun 2004.
Kedua-duanya memenangi kerusi Parlimen pada pilihan raya 7 Mei lalu.
PAP yang kini diterajui Perdana Menteri Lee Hsien Loong memenangi 60 peratus undi, menurun berbanding 67 peratus pada tahun 2006 dan 75 peratus pada 2001.
Pada pilihan raya baru-baru ini, pembangkang iaitu Parti Pekerja memenangi enam kerusi, lima di kawasan Aljunied dan satu di Hougang.
Jumlah tersebut adalah yang terbesar pernah dimenangi pembangkang sejak Singapura merdeka.
Kosmo! Online - Dunia

No comments: