Pages

Tuesday, May 17, 2011

ICC mohon waran tangkap dikeluarkan terhadap Gaddafi dan anak lelakinya


HAGUE: Ketua Pendakwaraya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) semalam memohon supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap Muammar Gaddafi, sehari selepas rejim pemimpin Libya itu menawarkan perdamaian sementara sebagai balasan menghentikan serangan udara diketuai NATO. 


Sementara itu, dua letupan kedengaran di Bab Al-Aziziya, berdekaran Tripoli di mana terletaknya kediaman Gaddafi.
Kepulan asap putih kelihatan dari kawasan itu selepas letupan kedengaran kira-kira jam 1.30 pagi (waktu tempatan) dan ia disusuli bunyi siren ambulans.
Ketua Pendakwaraya ICC, Luis Moreno-Ocampo berkata, waran berkenaan turut dipohon terhadap anak lelaki Gaddafi, Seif al-Islam dan Ketua Risikan, Abdullah Senussi atas jenayah terhadap kemanusiaan. - AFP 

No comments: