Pages

Tuesday, May 17, 2011

Guru maut kereta terbabas rempuh bas


REMUK...kereta Proton Iswara dipandu Md Nordin hilang kawalan ketika melalui satu selekoh dalam keadaan hujan lebat dan merempuh bas dalam perjalanan pulang selepas diraikan di Sekolah Kebangsaan Si Rusa, Port Dickson. Guru berusia 56 tahun itu maut dalam kemalangan di Jalan Sua Betong-Air Kuning di sini, semalam.


PORT DICKSON: Seorang guru lelaki berusia 56 tahun maut selepas keretanya terbabas dan merempuh sebuah bas sekolah ketika dalam perjalanan pulang menghadiri sambutan Hari Guru di Kilometer 23 Jalan Sua Betong-Air Kuning di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Md Nordin Md Daud, memandu Proton Iswara seorang diri untuk pulang ke rumahnya di Taman Seri Rembau, Rembau dekat sini, selepas diraikan di Sekolah Kebangsaan Si Rusa di sini.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kereta mangsa hilang kawalan ketika melalui satu selekoh dalam keadaan hujan lebat.
Berita Harian

No comments: