Pages

Saturday, March 19, 2011

Tentera Gaddafi mara ke Benghazi





2011/03/19

BENGHAZI, Libya: Tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, mara ke bandaraya yang dikuasai pemberontak, Benghazi, tanpa mengendahkan gesaan dunia supaya gencatan senjata segera diadakan dan memaksa pemberontak berundur.

Kemaraan ke bandaraya dengan 670,000 penduduk itu dilihat sebagai tindakan mendahului campur tangan tentera Barat yang menurut diplomat hanya akan berlaku selepas mesyuarat antarabangsa di Paris mulai 1300 GMT (9 malam waktu Malaysia).
Jurucakap pemberontak Libya berkata, tentera Gaddafi sudah memasuki Benghazi manakala saksi Reuters melihat sebuah pesawat berlegar di ruang udara bandaraya itu sebelum ditembak jatuh dan sekurang-kurangnya satu letupan kedengaran berhampiran ibu pejabat pemberontak.
“Mereka sudah memasuki Benghazi dari arah Barat. Dimanakah kuasa Barat? Mereka berkata boleh menyerang dalam masa beberapa jam saja," kata jurucakap tentera pemberontak, Khalid al-Sayeh.

Gaddafi menegaskan kuasa Barat tidak berhak mencampuri urusan dalaman Libya. - Reuters 

No comments: