TRIPOLI: Pejuang yang setia kepada Muammar Gaddafi semalam mendirikan sekatan jalan raya di sekitar bandar raya ini, memeriksa kereta, menjelang tunjuk perasaan antikerajaan yang dirancang selepas solat Jumaat.
Ia menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan pertumpahan darah baru di ibu negara Libya itu.
Kumpulan penentang menggesa penunjuk perasaan berarak selepas solat Jumaat untuk mendesak penyingkiran Gaddafi.
Tunjuk perasaan serupa Jumaat lalu berdepan dengan tindak balas ganas apabila penyokong Gaddafi melepaskan tembakan sebaik saja tunjuk perasaan bermula, menyebabkan ramai yang terbunuh dan cedera.
Dalam pada itu, khidmat Internet di negara itu dilapor terhenti sama sekali di Tripoli semalam.
Keadaan sama juga berlaku di Benghazi, kubu kuat penentang di timur negara itu.
Di Tajoura, sebuah daerah di timur Tripoli, tempat penunjuk perasaan diserang minggu lalu, polis mendirikan dua sekatan jalan raya di lebuh raya utama.
Penyokong Gaddafi berusaha memastikan kumpulan penentang tidak akan menawan Tripoli seperti yang mereka lakukan terhadap wilayah timur negara itu.
Sejak Jumaat lalu, penyokong Gaddafi dilapor melakukan beberapa penangkapan dan beberapa penduduk dilaporkan hilang. - ReutersmyMetro | Penyokong Gaddafi kawal jalan raya sekitar Tripoli

No comments:
Post a Comment