Pages

Saturday, March 5, 2011

Peletakan jawatan PM Mesir dirai penunjuk perasaan

Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "

KAHERAH 4 Mac - Peletakan jawatan Perdana Menteri Mesir, Ahmed Shafiq diraikan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya saki-baki anggota rejim bekas Presiden Hosni Mubarak disingkirkan daripada kerajaan.

Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata semalam berkata, Shafiq akan digantikan oleh bekas Menteri Pengangkutan, Essam Sharaf yang menyertai protes di Dataran Tahrir yang membawa kepada peletakan jawatan Mubarak pada 11 Februari lalu.

Mubarak melantik Shafiq pada hari-hari terakhir rejimnya dalam usaha untuk membendung protes dan Shafiq terus mengetuai sebuah kerajaan sementara di bawah Majlis tersebut yang memerintah Mesir sejak pengunduran Mubarak.

Berpuluh-puluh aktivis belia yang masih berkhemah di Dataran Tahrir mengalu-alukan peletakan jawatan Shafiq itu, lapor agensi berita MENA.

Sejak kejatuhan Mubarak, penunjuk perasaan terus mendesak supaya dibubarkan kerajaan sekarang yang turut dianggotai oleh Menteri Luar, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kehakiman daripada rejim bekas Presiden itu.

Aktivis mengemukakan nama Sharaf sebagai Perdana Menteri semasa rundingan dengan tentera pada Ahad lalu.

'Kami gembira kerana kami mencadangkan nama beliau dan permintaan kami diterima,' kata seorang pemimpin pergerakan belia, Shadi al-Ghazali. - AFP"

No comments: