2011/01/25
PEMANDANGAN lingkaran bulat di tengah sawah yang didakwa akibat perbuatan UFO di Slamen, Jogjakarta, Indonesia.
JAKARTA: Harapan sekumpulan enam petani yang juga pemilik tujuh petak sawah di Dusun Jogomangsan, Desa Jogotirto, Kecamatan Berbah, Sleman di Yogyakarta untuk segera menuai padi terjejas berikutan kawasan penanaman mereka menjadi tumpuan dengan kehadiran ‘lingkaran UFO’.
Seorang daripada pemilik sawah terbabit, Ngadiran berkata, beliau mendapati tanah sawahnya menjadi tumpuan beratus-ratus penduduk dari Gunung Suru sejak awal pagi semalam menyebabkan beliau terpaksa berjaga-jaga supaya tanamannya tidak rosak dipijak mereka.
Sawah Ngadiran kini sudah berisi padi yang boleh dituai tidak lama lagi. Beliau hanya mampu menempatkan tulisan larangan memasuki kawasan sawahnya supaya tanaman padi tidak rosak dipijak penduduk yang semakin ramai memenuhi kawasan itu.
Fenomena crop circle atau lingkaran tanaman terbabit masih lagi menjadi misteri walaupun ramai yang menganggap ia adalah jejak UFO (objek terbang tidak diketahui asal usulnya) pasti, manakala yang lain berpendapat ia buatan manusia atau fenomena alam biasa.
Bekas Ketua Observatorium Bosscha, Moedji Raharto, berkata sekiranya ia adalah fenomena UFO atau orang asing, pastinya mereka akan meninggalkan sesuatu dan tidak mungkin datang tanpa membawa apa-apa.
Sesuatu yang ditinggalkan boleh digunakan sebagai bahan kajian untuk mengetahui kebenarannya manakala analisis kimia tanah boleh dilakukan untuk mengetahuinya.
“Kita boleh lihat apakah ada perubahan unsur kimia tanahnya, apakah sama dengan lingkungannya. Jika memang jejak UFO, maka perbezaan unsur kimia pasti ada. Sama seperti meteorit yang berbeza unsur kimia dengan tanah.
Bagaimanapun, Moedji berkata adalah sukar untuk mengesan perkara itu berikutan makhluk asing dan UFO datang dengan membawa unsur kimia yang agak jarang ditemui sehingga sulit untuk dikesan. Belum dapat diketahui dengan pasti unsur kimia yang dapat membezakan kerana kehadiran UFO ke bumi belum boleh dibuktikan secara ilmiah.
Lingkaran dengan ukuran garis pusat antara 25-30 meter itu mempunyai lingkaran kecil di tengah, bentuk segi tiga serta lingkaran besar hingga paling besar.
“Kejadian pagi kelmarin (Ahad) saya rasakan seperti jejak pesawat makhluk asing seperti yang pernah dilihat di televisyen,” kata Cahyo Utomo, warga Krasakan.
Jejak itu amat besar dan kelihatan seperti UFO yang biasa digambarkan melalui filem atau berita di televisyen dari luar negara.– Agensi
No comments:
Post a Comment