Pages

Wednesday, January 26, 2011

Kereta dipenuhi dengan ais






KERETA milik seorang lelaki yang dikenali sebagai Pete dipenuhi dengan ais selepas dia meletakkannya di tepi sebatang jalan di Manhattan, New York pada Jumaat lalu.


NEW YORK - Sebuah kereta yang diletakkan di sebuah tempat meletak kenderaan menjadi beku dekat East 2nd Avenue, Manhattan, New York, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Menurut pemilik kereta itu yang hanya mahu dikenali sebagai Pete, dia meletakkan kereta tersebut pada waktu malam Jumaat lalu.
Pete berkata, sebatang paip air bocor di laluan pejalan kaki menyebabkan air melimpah sekali gus menyebabkan salji pada keretanya itu menjadi cair.
Beberapa pejalan kaki seolah-olah tidak percaya apa yang dilihat mereka semasa melintasi kereta tersebut kerana ia kelihatan seperti satu ukiran kaca.
"Ia kelihatan ganjil. Saya pada mulanya menganggap (kereta itu diliputi ais) sebagai palsu," kata seorang wanita, Laorraine Dagastino.
- Agensi

No comments: