Pages

Saturday, October 2, 2010

Memburu pembayar cukai mewah




JUMLAH mereka yang membayar cukai di Filipina jauh lebih rendah daripada apa yang ditetapkan.


PADA hari-hari biasa, tugas para penyiasat cukai Filipina menyelak helaian notis obituari dan himpunan invois jualan. Namun, pada hari-hari lain adakalanya mereka beruntung kerana dapat mengesan kenderaan-kenderaan mewah seperti Porsche dan Ferrari.
Barisan akauntan dan peguam yang dibayar dengan gaji rendah adalah pasukan penggempur antirasuah di bawah kempen Presiden Filipina, Benigno Aquino, mendedahkan kepada umum sesiapa yang cuba menipu kerajaan membabitkan wang berbilion-bilion dolar melalui cukai.
Ganjarannya terlalu sedikit dan ancaman terhadap kehidupan anggota pasukan itu sentiasa wujud. Tetapi pasukan yang dikenali sebagai Run Against Tax Evaders yang diletakkan di bawah Biro Hasil Dalam Negeri sentiasa bersemangat, kata Ketua Pendakwaannya, Claro Ortiz.
"Ia sangat meletihkan dan berbahaya kerana kami memburu orang yang berkedudukan dan terkenal. Disebabkan itu, wujudnya risiko ancaman keselamatan," katanya.
Barisan pasukan khasnya yang terdiri daripada 28 orang peguam kini mengendalikan 155 kes, termasuk kes seorang tukang pajak gadai yang membeli kereta import Lamborghini bernilai AS$500,000 (RM1.54 juta) sedangkan dia hanya membayar cukai sebanyak AS$600 (RM1,857) dalam tempoh sedekad yang lalu.
Seorang pengedar kenderaan mewah juga kini berhadapan dengan tindakan kerana didapati menipu kerajaan sebanyak 68.4 juta peso (RM4.8 juta) dalam bentuk duti import kenderaan seperti Lamborghini, Porsche, Mercedes Benz dan Maserati.
Lelaki berusia 49 tahun itu yang juga bapa kepada tiga orang anak memerlukan masa bertahun-tahun mengumpul mengumpul duit sekiranya dia mahu membeli sebuah Lamborghini, tetapi dia langsung tidak terpengaruh dengan jurang kekayaan.
"Kami seperti seorang pejuang. Kami cuba membetulkan apa yang salah," ujarnya.
Kim Henarez yang juga Ketua Ortiz dan Biro Hasil Dalam Negeri menganggarkan hanya lima juta daripada 38 juta pekerja di negara itu membayar cukai.
Kekurangan dana
Situasi itu, menyebabkan Filipina kekurangan dana untuk membiayai operasi-operasi asas dan perkhidmatan sosial. Kerajaan menjangkakan perbezaan jurang pembiayaan hampir 300 billion peso (RM21 juta) tahun ini.
"Kami kreatif dalam perlumbaan ini. Jika mereka lihat boleh melarikan diri daripadanya, mereka akan cuba sedaya upaya bagi tujuan itu," kata Henares.
Pembayar cukai di Filipina merangkumi 1.4 juta pekerja yang menggelar diri mereka bekerja sendiri, termasuk para doktor dan golongan profesional yang lain.
Setiausaha Kewangan Filipina, Cesar Purisma mengesyaki golongan tersebut membayar cukai jauh rendah daripada apa yang telah ditetapkan kerajaan.

PASUKAN penyiasat cukai di Filipina perlu banyak membaca untuk mengetahui apa yang berlaku di sekeliling.


"Bayangkan jika kita dapat menakutkan mereka untuk membayar cukai pendapatan tahunan 100,000 peso (RM7,000) setiap seorang. Cuba anda buat kira-kira. Jumlahnya mencecah 140 billion peso (RM9.8 juta)," kata Purisma sambil berfikir impak terhadap kempen tersebut.
"Tidak salah membeli kenderaan mewah. Setiap orang berhak menikmati kekayaan mereka, tetapi kerajaan juga mempunyai hak untuk mengutip cukai dan duti," tambahnya.
Usaha memastikan rakyat di negara itu membayar cukai bagaimanapun boleh mendedahkan para penyiasat kepada situasi bahaya.
Mereka yang terlibat merupakan pasukan terkuat daripada biro ke-70, terdiri daripada barisan akauntan dan peguam daripada Divisyen Penyiasatan Kebangsaan yang membangunkan kes daripada warga tempatan dan audit pembayar cukai tetap.
Mengelak cukai
Dua daripada ketua divisyen itu telah dibunuh dalam tempoh sedekad lalu.
Pengelak-pengelak cukai sering mendedahkan diri dengan berbelanja besar dan mempamerkan kekayaan diri kepada dunia, menurut salah satu sumber divisyen itu yang enggan dikenali namanya.
Pemilik kereta import, Lamborgini yang dituduh mengelak cukai sebelum ini menggunakan nombor plat kenderaan yang mahal dan sering mengunjungi pameran kereta mewah.
"Jika terdapat laporan melibatkan sesuatu jualan dan ia tidak dilaporkan, kami akan cuba mendapatkan dokumen daripada pihak ketiga," kata sumber itu lagi.
"Kami memilih perjuangan ini. Kami mahu kes ini menjadi mudah," jelasnya.
Jika kes penggelapan cukai melibatkan kurang daripada satu juta peso (RM70,000), pasukan terbabit, yang menerima latihan di Amerika Syarikat (AS), hanya membiarkannya.
Penyiasat juga mengira pendapatan papan iklan untuk membandingkan penyata cukai daripada bintang-bintang popular dan para selebriti untuk membuat pengesahan kontrak yang telah ditandatangani sebelum ini.
Bagaimanapun, sebahagian besar tugas pasukan itu ialah membaca, kata sumber, termasuk dokumen penjualan dan notis kematian dalam akhbar harian. Kreativiti rakyat Filipina tidak berakhir dengan kematian, kerana kebanyakannya cuba mengelak cukai kematian. - AFP

No comments: